Pengenalan
Unit ini memberi perkhidmatan kerja sosial dalam membantu perawatan pesakit mental yang lebih efektif dan berkesan. Terletak di sayap kiri Bangunan Klinik Pakar, dan diterajui oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) S44, 2 orang PKSP S41 dan 3 orang Penolong Pembangunan Masyarakat S27 yang dipinjamkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif
Objektif Unit Kerja Sosial Perubatan ialah membantu menangani pelbagai masalah sosial dan kebajikan pesakit yang dirujuk bagi memudahkan Pakar/Pegawai Perubatan dalam proses memberi rawatan dan pemulihan ke atas pesakit.
Perkhidmatan
Unit Kerja Sosial Perubatan memberi perkhidmatan kerja sosial kepada pesakit dalam dan luar, Hospital Bahagia Ulu Kinta dan di antaranya seperti berikut:-
Lawatan Ke Rumah Pesakit & Penyediaan Laporan Sosial
Bertujuan untuk penyediaan laporan sosial dan mengesan waris, dilakukan sendiri oleh PKSP sekiranya kes yang dirujuk dalam kawasan sementara kes di luar kawasan akan dirujuk kepada PKSP hospital berhampiran atau Peg. Kebajikan Daerah.
Bilangan kes yang dirujuk : 184 kes
Mengesan Keluarga / Waris
Pengurusan kes mengesan keluarga / waris melibatkan beberapa aktiviti seperti panggilan telefon, lawatan ke rumah, surat kepada waris, dan surat kepada PKSP/PKMD bergantung kepada maklumat yang diperolehi. Iklan di akhbar merupakan pilihan terakhir, sekiranya langkah-langkah lain gagal.
Bilangan kes yang dirujuk : 138 kes
Pengurusan Kewangan Dan Harta
Menguruskan kes yang berkaitan dengan kewangan seperti permohonan bantuan kewangan, urusan akaun simpanan, pencen, pencen terbitan, PERKESO, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, AmanahRaya Berhad (ARB, Pejabat Tanah dan agensi lain yang bersesuaian dengan keperluan kes.
Bilangan kes yang dirujuk : 253 kes
Bantuan Praktik
Menguruskan kes yang memerlukan bantuan IOL, gigi palsu, cermin mata, alat implant dan lain-lain.
Bilangan kes yang dirujuk : 47
Pengurusan Warga Asing
Pengurusan kes berkaitan dokumen dan tidak memilik dokumen perjalanan yang sah. Bekerjsama dengan Jabatan Imigresen dan kedutaan masing-masing bagi membantu mereka kembali ke negara asal.
Bilangan Kes yang dirujuk : 6
Permohonan Mykad
Program My Daftar untuk penghuni HBUK dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Perak, 562 kes dan permohonan Mykad secara individu 36 kes.
Rujukan Ke Institusi
Sebanyak 35 kes telah dirujuk untuk permohonan penempatan ke institusi yang bersesuaian dengan keperluan pesakit seperti penempatan di Rumah Orang Tua (RSK), Rumah Kanak-kanak (RKK), Nursing Home dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Pendaftaran Oku
Sebanyak 336 kes telah dirujuk ke PKMD untuk pendaftaran OKU.
Rundingcara Dan Khidmat Nasihat
Perkhidmatan ini diberi kepada pesakit / keluarga / waris, bagi membantu mereka mendapat maklumat dan informasi yang bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 150 kes telah dirujuk bagi mengatasi masalah seperti kewangan, tuntutan nafkah, perkahwinan, harta, tuntutan insurans dan lain-lain.