Ikuti kami
19 Oktober, 2021
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Perkhidmatan dan aktiviti Unit Fisioterapi dilaksanakan dengan lancar pada tahun 2010.
Usaha menambahbaikan perkhidmatan diutamakan terutamanya dalam penjagaan pesakit psychogeriatrik. Satu mini jimnasium untuk latihan ambulasi telah diwujudkan di Wad A5 lelaki pada bulan Ogos dan Mega Aktiviti di Wad Lelaki 9-11, 12-14 telah dimulakan pada Oktober tahun 2010.


Objektif

Memberi pemulihan fizikal yang optima kepada pesakit supaya mereka berdikari serta dapat melakukan aktiviti harian pada tahap yang maksima.


Perkhidmatan

  • Perawatan individu kepada pesakit psikiatri di wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan;
  • Perawatan individu kepada pesakit luar (bukan kes psikiatri) yang di rujuk oleh pelbagai disiplin perubatan dari hospital kerajaan dan klinik kesihatan;
  • Aktiviti Mega melibatkan pesakit dari beberapa wad yang bersenam di padang;
  • Senaman dalam kumpulan kecil di wad untuk pesakit;
  • ‘Multidisiplinary Psychoeducation’ peringkat hospital dan premier kesihatan;
  • Promosi / Penjagaan kesihatan melalui kursus/ latihan dalaman; dan.
  • Tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih fisioterapi yang menjalani penempatan klinikal dalam psikiatri.


Aktiviti Kualiti

i) Wellness Program
Seramai 69 pesakit telah mengikuti Wellness Program yang dilaksanakan pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun 2010. Pernambahbaikan ‘Wellness Program’ telah dibuat dengan tambahan senaman circuit di jimnasium Unit Fisioterapi. ‘Outing’ sesi 1 dan 2, pesakit dibawa ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh manakala sesi ke 3 pesakit dibawa ke Teluk Batik, Lumut. Jawatankuasa ‘Wellness Program’ juga telah berjaya menganjurkan bengkel bagi melatih 50 orang fasilitator pada 25 Oktober 2010.
Bengkel “Wellness Program” pada 25.10.2010

ii) Projek Inovasi
Dua projek inovasi telah dilaksanakan iaitu Ez-Splint dan Borang Penilaian Fisioterapi untuk pesakit psiakiatri. Kedua-dua projek ini dilaksanakan dengan lancar dimana Ez-Splint telah sampai ketahap uji cuba dan Borang Penilaian Fisioterapi pula ketahap penyediaan glosari.

iii)Objektif Kualiti
Objektif Kualiti yang baru mulai bulan Jun 2010 iaitu 90% pesakit dalam yang dirujuk akan dirawat dalam masa 24 jam dan 10% akan dirawat dalam masa 48 jam waktu bekerja telah pun dicapai 100% sehingga bulan Disember 2010.

iv) Perkhidmatan Komuniti
Anggota Fisioterapi telah terlibat dalam pasukan perubatan semasa Ipoh International Run 2010 dan membuat saringan kecergasan untuk atlit Special Olympics - Healthy Athletes Program Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh pada 7-8hb Ogos 2010. Anggota Fisioterapi juga memberi perkhidmatan sport fisioterapi semasa 19th Sultan Azlan Shah Cup Men International Hockey Tournament pada 6-16hb Mei 2010.

v) Kempen Kesihatan Pekerja
Unit Fisioterapi terlibat dalam Kempen Kesihatan Pekerja dengan menjalankan saringan kesihatan dan kecergasan untuk warga HBUK pada 8 Julai 2010.

vi) “Kami Sedia Membantu”
Unit Fisioterapi menyahut slogan “Kami Sedia Membantu” dengan memberikan:

a. Khidmat nasihat dan rawatan sempena World Incontinence Day tanpa rujukan.
b. Merawat dan memberi khidmat nasihat kepada warga HBUK yang memerlukan rawatan segera tanpa temujanji.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome yang terkini.
Paparan susun atur responsif berubah aturan laman web berdasarkan resolusi skrin.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Hospital Bahagia Ulu Kinta tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2016 Hospital Bahagia Ulu Kinta