PENGENALAN
Diwujudkan pada 2 Januari 2010 di bawah Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia bagi memudahkan urusan pembelian aset / bekalan bagi Jabatan di mana secara tidak langsung pemantauan perolehan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan telus.
Bermula 7 Mei 2010, Unit ini diletakkan di bawah Pengurusan Kewangan dan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) M48, Akuantan W41, Penolong Akuantan W32, Pembantu Tadbir N22, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Tadbir N11, unit ini beroperasi di sebelah Unit Pengurusan Aset.
OBJEKTIF
o Menguruskan proses perolehan dengan mematuhi prosedur perolehan yang sedang berkuatkuasa.
o Sebagai pusat perolehan Jabatan bagi memudahkan urusan pemantauan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran.
SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI
Perolehan Dan Pembekalan
Perolehan domestik, alatulis, pakaian seragam, gas perubatan aset perubatan, aset bukan perubatan serta lain-lain keperluan Jabatan.
Menyelenggara / menyimpan dan menyimpan rekod-rekod perbelanjaan unti-unit.
Percetakan dan bahan percetakan