PENGENALAN
Unit Pengurusan Aset merangkumi 2 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N32 dan dibantu dua orang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N27, tiga orang Pembantu Tadbir N17, seorang Pekerja Awam R4 dan dua orang Pekerja Awam R1.
OBJEKTIF
o Menguruskan penerimaan dengan mematuhi prosedur Tatacara Pengurusan Stor yang sedang berkuatkuasa;
o Memberi khidmat pembekalan dengan menyimpan dan menyelenggara stok serta rekod bagi memenuhi keperluan dan mengelakkan pembaziran; dan
o Menguruskan proses Pengurusan Aset Alih Kerajaan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.
SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI
Pengurusan Stor
Membekal bekalan domestik, alatulis, pakaian seragam dan gas perubatan
Menyelenggara / menyimpan bekalan
Pelupusan stok
Hapuskira stok
Percetakan
Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Pendaftaran Harta Modal dan Inventori
Pelupusan aset alih
Kehilangan dan Hapuskira
PENCAPAIAN TAHUN 2010
Unit Pengurusan Aset telah mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Kementerian Kesihatan pada tahun 2010. Projek Pengurusan Aset Berkomputer yang diketengahkan telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Kursus yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Aset adalh seperti berikut:
1. Kursus Pengurusan Aset
2. Taklimat Pemeriksaan Stor
3. Taklimat Pegawai Pemeriksa