Ikuti kami
28 Oktober, 2021
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Perkhidmatan Perawatan Pesakit dalam Komuniti telah bermula sejak tahun 1970an dan telah di susun semula pada tahun 2001.
Pada tahun 2002 enam zon telah di wujudkan. Satu lagi zon ditambah pada tahun 2004. Mulai 1.9.2010 seorang Pakar Psikiatri telah dilantik untuk menjaga kesemua zon bertujuan menyelaraskan perkhidmatan program ini.

Perkhidmatan ini di jalankan meliputi daerah Kinta, kawasan Kampar, dan sebahagian daerah Kuala Kangsar. Program ini berjaya mengurangkan kemasukan semula pesakit ke wad, mengurangkan ‘relapse’ dan meningkatkan kepuasan pelanggan, pesakit dan keluarga.

Terdapat tiga komponen utama di dalam program ini iaitu :-

i. Program Discaj Awal.
ii. Perawatan Intensif.
iii. Perawatan Umum.

 

Objektif

  • Memastikan rawatan berterusan dapat diberikan kepada pesakit di rumah/ komuniti;
  • Pengesanan awal gejala-gejala ‘relapse’ untuk mengurangkan kadar kemasukan pesakit ke Wad Psikiatri;
  • Memperkasakan (empowering) keluarga dan komuniti dalam penjagaan pesakit di rumah;
  • Perkongsian bijak dalam penjagaan di antara hospital dan komuniti;
  • Mengujudkan jaringan diantara pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam penjagaan pesakit Psikiatri di rumah; dan
  • Merancang dan menjalankan pemulihan pesakit psikiatri untuk meningkatkan kualiti kehidupan pesakit di komuniti.

 

Aktivit-aktiviti

  • Penilaian kesihatan mental;
  • Penilaian krisis dan risiko penyakit;Menyediakan pelan perawatan di rumah dan melaksanakan tindakan sewajarnya;
  • Memberi pendidikan kesihatan mental;
  • Memperkasakan keluarga serta penjaga dan komuniti dalam penjagaan pesakit dan;
  • Bekerjasama dengan agensi – agensi lain untuk membantu memenuhi keperluan pesakit.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome yang terkini.
Paparan susun atur responsif berubah aturan laman web berdasarkan resolusi skrin.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Hospital Bahagia Ulu Kinta tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2016 Hospital Bahagia Ulu Kinta