Ikuti kami
08 Mei, 2021
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengumuman

Waktu Melawat

Maklumat

Berita/Aktiviti Terkini

Statistik

Untuk melihat statistik perkhidmatan sila kliklink di bawah:

 

statistik

Bancian

Apakah tahap kepuasan anda terhadap hospital ini?
Apakah tahap kepuasan anda terhadap hospital ini?
Pilih satu!

Kalendar

No events

Multimedia

video photo

Pengiktirafan

SIJIL AKRE resized  EMGS 1 Star Certificate resized   SIJIL EMGS 2 STAR resized

 

 

 

Keselamatan

Visi

  • Mewujudkan suasana persekitaran hospital yang selamat dan bahagia , dengan menerapkan nilai-nilai murni, berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja selamat pada setiap masa kepada kakitangan, pesakit dan pelawat selaras dengan kehendak jabatan ini

Misi

  • menerapkan budaya kerja selamat dan sihat melalui sistem pengurusan keselamatan
  • melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berpegang teguh kepada sifat adil, tegas dan berhemah

Objektif

Memberi perkhidmatan keselamatan perlindungan dengan cekap dan berhemah serta meningkatkan tahap keselamatan pada setiap masa dan menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan:

  • Memberi perkhidmatan kawalan terhadap keselamatan diri dan harta benda;
  • Memelihara keamanan dan ketenteraman hospital;
  • Mencegah dan meyiasat kejadian jenayah;
  • Mengawas dan menguatkuasa peraturan lalulintas;
  • Mencegah dan memadam kebakaran;
  • Memelihara hubungan baik dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kepentingan keselamatan hospital seperti Polis, Jabatan Penjara, Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pengangutan Jalan Raya, Jabatan Haiwan, Majlis Bandaraya Ipoh dan sebagainya.

Piagam Pelanggan

Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Berkualiti Seperti Berikut:

  1. Memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima pertanyaan;
  2. Memberi khidmat nasihat dan perbincangan berkenaan inspektorat keselamatan perlindungan kepada setiap unit yang dilawati semasa inspektorat penuh, susulan dan mengejut dilaksanakan; 
  3. Memeriksa dan menjalankan siasatan dalaman serta pemeriksaan dan siasatan bersama pihak berkuasa ke atas pelanggaran keselamatan perlindungan; 
  4. Menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap sistem-sistem keselamatan perlindungan yang ada di unit/pejabat sekurang-kurangnya 3 minggu sekali; 
  5. Menyediakan dan mengeluarkan laporan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan;
  6. Menjalankan inspektorat susulan selanjutnya ke atas unit yang masih berada pada tahap tidak memuaskan selepas 6 bulan dan seterusnya sehingga ke tahap memuaskan; 
  7. Menjalankan pemeriksaan operasi perkhidmatan kawalan keselamatan sekurang-kurangnya 3 kali setiap seminggu;
  8. Memastikan kelancaran pengurusan opersi dan tugasan anggota pengawal keselamatan;
  9. Pengurusan Kad/Pas Keselamatan (Kad Pengenalan Jabatan / Kad pelawat /Kad pekerja) disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  10. Memproses permohonan Pas Keselamatan dan Kad Akses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima;
  11. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan; 
  12. Menyediakan dan mengeluarkan minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat;
  13. Memproses borang permohonan tapisan keselamatan yang lengkap daripada syarikat swasta kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tempoh permohonan diterima; 
  14. Mengembalikan semula permohonan tapisan keselamatan yang tidak lengkap kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
  15. Membangunkan modal insan dan memberi latihan kesedaran keselamatan perlindungan sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
  16. Membantu menyediakan dan mengeluarkan arahan-arahan keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa;
  17. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan dari semasa ke semasa.

carta organisasi unit keselamatan

Pembangunan&Khidmat Sokongan Hospital

PENGENALAN

Unit Pembangunan dan Khidmat Sokongan Hospital (UPKSH) merupakan salah satu unit sokongan di bawah pengurusan hospital. Diterajui oleh seorang Pembantu Tadbir N22 dan disokong oleh tiga orang Pembantu Tadbir N17.

 

OBJEKTIF

Memastikan setiap pemantauan dan pengurusan pembangunan jabatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan, juga bertanggungjawab untuk memantau aktiviti perkhidmatan sokongan syarikat konsesi Faber Medi-Serve Sendirian Berhad (FMS).

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL

Terdapat lima (5) jenis perkhidmatan yang sentiasa diawasi dan dipantau bagi memastikan ianya mematuhi terma dan syarat seperti yang terkandung di dalam perjanjian konsesi. Iaitu :
• Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FEMS)
• Perkhidmatan Pengurusan Biomedikal (BEMS)
• Perkhidmatan Pembersihan / Pencucian (CLS)
• Perkhidmatan Linen dan Dobi (LLS)
• Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS)

 

PEMBANGUNAN

• Menekankan perancangan bersepadu jangka panjang dan perlaksanaan projek-projek yang tersusun.
• Menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan lain yang komprehensif.
• Meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan.
• Memastikan ketersediaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan pada kos yang munasabah

 

HALATUJU UNIT

UPKSH komited untuk mempertingkat dan memperkemaskan lagi mutu perkhidmatan unit agar selaras dengan Objektif, Visi dan Misi Jabatan. Justeru, ke arah merealisasikannya, beberapa usaha penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa disamping mempraktikkan idea-idea baru selagi ianya tidak melanggar peraturan yang berkuatkuasa.

Perpustakaan

PENGENALAN & FUNGSI

Perpustakaan Hospital Bahagia Ulu Kinta tergolong dalam kategori Perpustakaan Khusus dan Akedemik. Koleksi perpustakaan merangkumi pelbagai bidang perubatan khususnya dalam bidang Psikiatri dan koleksi perubatan lain. Perpustakaan ini menggunakan sistem pengkelasan NLM (National Library of Medicine). Unit Perpustakaan bertanggungjawab untuk membangun, mendokumentasi dan menyelenggara serta memelihara bahan perpustakaan dalam bidang am dan perubatan. 

Di samping itu  Unit Perpustakaan juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan pusat saluran maklumat yang terkini bagi menggalak dan menerapkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat supaya perpustakaan menjadi Pusat Kecemerlanagn ilmu khususnya dalam bidang perubatan.

 

OBJEKTIF

Memberikan khidmat sokongan kepada usaha-usaha latihan, pembelajaran dan penyelidikan yang dijalankan di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan Kolej Pembantu Perubatan dengan mengadakan:

•    Sistem pencarian maklumat yang  teratur;

•    Perkhidmatan rujukan dan perujukan   untuk pelanggan; dan

•    Perkhidmatan pinjaman.

 

SKOP PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI

Skop perkhidmatan meliputi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan kepada pelanggan yang terdiri dari kakitangan hospital dan kolej, pelajar-pelajar pembantu perubatan dan  peserta–peserta kursus post-basic serta penyelidik.  Mereka dibenarkan meminjam setelah menjadi ahli perpustakaan. Secara keseluruhan  perpustakaan lebih banyak memberikan perkhidmatan kepada Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta.

  - Pinjaman:

Perkhidmatan pinjaman kepada semua ahli perpustakaan yang berdaftar sebanyak dua (2)  naskhah buku dan dua (2) naskhah majalah / jurnal boleh dipinjamkan dalam tempoh selama (2) minggu.

 - Pemulangan:

Pemulangan buku hendaklah dibuat tepat pada tarikh yang ditetapkan. Penalti akan dikenakan bagi setiap hari atas kelewatan tersebut. Bagi buku yang hilang, peminjam harus menggantikan buku tersebut atau membayar harga pasaran buku tersebut.

  - Rujukan:

Bagi bahan bacaan yang bertanda ‘R’ adalah digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar. Namun, dalam hal–hal tertentu, jika pengguna ingin juga membuat pinjaman buku–buku tersebut, mereka diperlukan mengisikan borang yang disediakan dan pinjaman boleh dibuat selama 1–3 hari sahaja mengikut budi bicara ketua Unit Perpustakaan.

 - Fotostat:

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan fotostat kepada semua pengguna perpustakaan kadar bayaran sebanyak RM0.05 bagi setiap salinan.

Pengangkutan&Ambulans

PENGENALAN

•    Unit Pengangkutan adalah satu unit yang merealisasikan Organisasi Jabatan untuk merawat pesakit mental ke satu tahap yang memuaskan semua pihak termasuk pesakit, kakitangan yang bertugas dan keluarga pesakit. Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan perhubungan, Unit Pengangkutan dan Ambulans sedaya upaya  untuk memenuhi segala aktiviti-aktiviti jabatan dalam kerja rawatan serta perkhidmatan perubatan.

•    Seramai 34 orang pemandu yang bertugas iaitu  26 Pemandu R3,  2 Pemandu R6 ,  4 pemandu R6 (KUP) dan Kebun (2 pemandu R3).  Bilangan kenderaan yang ada ialah sebanyak 23 kenderaan yang memberikan  perkhidmatan yang sebaik mungkin.  Segala perkhidmatan adalah  perlu melalui proses pengisian  borang permintaan seperti mana yang ditetapkan dalam garis panduan ISO.

 

OBJEKTIF

•    Menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan ambulan yang berkualiti.

 

SKOP PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI                          

BIL JENIS KENDERAAN KUANTITI CATATAN
1 Ambulan  
2 Van penumpang   7     
3 Van barang  
4  Nissan X-Trail 2  
5 Proton Waja    2    
6

Bas penumpang  

( 40 penumpang)

1  
7 Bas Mini
 ( 25 penumpang )
1  
8  Lori   4  
9 Van jenazah 1  
10  Traktor 3 2 Ber Aproved-Disposed