Pengenalan
Klinik Pergigian di Hospital Bahagia Ulu Kinta berfungsi sebagai satu unit yang memberikan rawatan pergigian khusus kepada golongan-golongan mengikut keutamaan berikut:-
• Pesakit-pesakit psikiatrik dalaman;
• Anggota HBUK dan keluarga mereka;
• Pelatih-pelatih Kolej Pembantu Perubatan;
• Penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan, Tg. Rambutan (JKM);
• Ibu mengandung yang dirujuk oleh Klinik Kesihatan Tg. Rambutan (KKTR); dan
• Masyarakat Awam
Objektif
Memastikan Perkhidmatan Pergigian yang diberi adalah mengikut keperluan setiap pesakit, sama rata, efektif, berkualiti dan memberi kepuasan kepada pesakit; danØ
Meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat dan mewujudkan perubahan tatalaku untuk memperbaiki dan menjaga kesihatan mulut semua golongan. Penekanan diberi kepada kumpulan sasaran iaitu Pesakit Psikiatrik.
Perkhidmatan
JADUAL BERTUGAS:
ISNIN – JUMAAT : 8.00 PAGI – 5.00 PTG
| Masa |
Pagi (8.00 pg - 1.00 ptg) |
Petang (2.00 ptg - 5.00 ptg) |
| Hari |
| Isnin |
Pesakit Wad dan Anggota HBUK |
Temujanji dan Rujukan Kecemasan Pesakit wad |
| Selasa |
| Rabu |
Rawatan gigi Palsu |
| Khamis |
Rawatan Pesakit Luar |
| Jumaat |
Pesakit wad dan Anggota HBUK |
JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERI:
• Merawat pesakit dari wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan sama ada kes-kes kecemasan, ulangan atau susulan dan untuk pemeriksaan kesihatan pergigian;
• Kes-kes Kecemasan seperti abcess, trauma, MVA (di beri keutamaan);
• Rawatan Perkhidmatan Pergigian Primer (tampalan, penskalaran, cabutan dan gigi palsu);
• Merujuk kes-kes rumit kepada Pakar Pergigian;
• Pemeriksaan dan merawat ibu-ibu mengandung yang dirujuk dari KKTR; dan
• Memberikan temujanji rawatan susulan kepada pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan