PENGENALAN
Unit Pembangunan dan Khidmat Sokongan Hospital (UPKSH) merupakan salah satu unit sokongan di bawah pengurusan hospital. Diterajui oleh seorang Pembantu Tadbir N22 dan disokong oleh tiga orang Pembantu Tadbir N17.
OBJEKTIF
Memastikan setiap pemantauan dan pengurusan pembangunan jabatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan, juga bertanggungjawab untuk memantau aktiviti perkhidmatan sokongan syarikat konsesi Faber Medi-Serve Sendirian Berhad (FMS).
PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL
Terdapat lima (5) jenis perkhidmatan yang sentiasa diawasi dan dipantau bagi memastikan ianya mematuhi terma dan syarat seperti yang terkandung di dalam perjanjian konsesi. Iaitu :
• Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FEMS)
• Perkhidmatan Pengurusan Biomedikal (BEMS)
• Perkhidmatan Pembersihan / Pencucian (CLS)
• Perkhidmatan Linen dan Dobi (LLS)
• Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS)
PEMBANGUNAN
• Menekankan perancangan bersepadu jangka panjang dan perlaksanaan projek-projek yang tersusun.
• Menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan lain yang komprehensif.
• Meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan.
• Memastikan ketersediaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan pada kos yang munasabah
HALATUJU UNIT
UPKSH komited untuk mempertingkat dan memperkemaskan lagi mutu perkhidmatan unit agar selaras dengan Objektif, Visi dan Misi Jabatan. Justeru, ke arah merealisasikannya, beberapa usaha penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa disamping mempraktikkan idea-idea baru selagi ianya tidak melanggar peraturan yang berkuatkuasa.