Pengenalan
Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan sebagai detector penyakit psikiatri menerusi penggunaan alat-alat psikologi dan sebagai psychological engineer melalui pelbagai pendekatan psikoterapi dan kaunseling dalam perawatan pesakit.
Objektif
Objektif unit ini bukan sekadar pelengkap rawatan ubat-ubatan malah turut bermatlamat untuk pemangkin kepada kaedah pengesanan, perawatan, pemulihan dan aktiviti promosi.
Perkhidmatan
Unit ini menawarkan empat skop perkhidmatan utama seperti berikut :-
Penilaian Dan Pengujian Psikologi
Menjalankan ujian-ujian psikologi bagi menguji tahap IQ, Personaliti, kognitif, memori, stress dan lain-lain.
Perawatan Psikologiv & Kaunseling
Merawat melalui pelbagai kaedah kaunseling dan psikoterapi kepada pelanggan pelbagai diagnosa & masalah anxiety, kemurungan, ketagihan, kes dera, low self esteem, HIV aids, medicolegal, forensic, adjustment disorder, masalah tingkahlaku, keluarga, kes rehabilitasi, CAGC, grief dan lain-lain.
Pendidikan, Latihan Dan Penyeliaan
Melatih dan mendidik kakitangan serta orang lain dalam perkara bersangkutan psikologi dan kaunseling. Menyelia pelajar IPTA / IPTS yang menjalani latihan di unit ini.
Pengurusan dan Perundingan Konsultasi
Menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran unit seiringan dengan kehendak organisasi, juga mengadakan lawatan kepakaran ke hospital lain dan terlibat dalam jawatankuasa tertentu.