Pengenalan
Memberikan perkhidmatan pengimejan iaitu X-ray kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan.
Objektif
• Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan professional;
• Menghasilkan radiograf yang berkualiti diagnostik; dan
• Memberi Perlindungan Radiasi yang sewajarnya kepada pesakit dan pengiring.
Perkhidmatan
• Memberi perkhidmatan Radiografi Am iaitu X-ray yang tidak menggunakan Media Kontras, contohnya X-ray Dada, Abdomen, KUB, Extremeties, Rangka Kepala, Spinal Vertebra dan sebagainya;
• Memberi perkhidmatan kepada pesakit luar dan dalam HBUK, OPD (staf), Klinik Kesihatan Tg. Rambutan, Klinik Kesihatan Chemor dan kes susulan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh;
• Mendapatkan temujanji untuk pemeriksaan khas dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, contohnya CT Scan, MRI, Ultrasound, Barium Study, IVU dan sebagainya; dan
• Mendapatkan laporan Radiologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk radiograf yang memerlukan laporan.
Kualiti & Penyelidikan
Reject Analysis filem telah dijalankan sepanjang tahun untuk memantau dan memastikan kadar penolakan filem tidak melebihi 5% (NIA Indicator 41 ), pencapaian untuk tahun 2010 adalah 0.70%.