PENGENALAN
Unit ini beroperasi dari 15hb Jun 2004 dengan nama Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) Pada 28.4.2010 Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia menyelaraskan nama perkhidmatan Pensterilan kepada Unit Perkhidmatan Bahan Steril (Central Sterile Service Unit).
Objektif
Unit ini tidak sahaja melakukan bekalan bahan-bahan steril tetapi terlibat secara langsung dalam perkhidmatan pensterilan secara lebih menyeluruh iaitu meliputi pelbagai peringkat perkhidmatan termasuk bekalan bahan steril untuk klinik- klinik Kesihatan yang berdekatan.
Menerima Peralatan Yang Telah Diguna Pakai Membersih, Menyediakan Dan Mengedar Peralatan Yang Steril kepada Wad/Unit Dari Januari Hingga Disember 2010
OBJEKTIF KUALITI CSSU 2010
100% peralatan yang dibekalkan kepada pelanggan adalah steril dan selamat digunakan.
