Follow
08 May, 2021
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Announcements

Visiting Hours

Information

Latest News/Activity

Statistic

To view statistic, please click :

 

statistik

Poll

What is your rating for the services offered by this hospital?
What is your rating for the services offered by this hospital?
You must select at least one item to vote!

Calendar

No events

Multimedia

video photo

Accreditation

              

 

 

 

Management

Information Management

PENGENALAN

Unit Pengurusan Maklumat (UPM) ditubuhkan untuk memberi sokongan teknikal ICT dari segi perkakasan serta perisian. Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat F44 dan seorang Juruteknik Komputer, FT17.

OBJEKTIF

•    Mengadakan khidmat bantuan dalam membanguna dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti;

•    Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat adalah mengikut piawaian yang telah ditetakan;

•    Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap yang tinggi; dan

•    Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga hospital

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

  •  Pembangunan dan pengemaskinian laman web Hospital Bahagia Ulu Kinta
  •  Latihan Pembudayaan ICT / Latihan Sistem Aplikasi
  •  Perancangan dan Pembangunan Infrastruktur ICT
  •  Khidmat sokongan Sistem Aplikasi & Kerajaan Elektronik (EG)
  •  Khidmat sokongan teknikal / penyelengaraan ICT (perisian & perkakasan)
  •  Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT

Procunement

PENGENALAN

Diwujudkan pada 2 Januari 2010 di bawah Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia bagi memudahkan urusan pembelian aset / bekalan bagi Jabatan di mana secara tidak langsung pemantauan perolehan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan telus.  

Bermula 7 Mei 2010, Unit ini diletakkan di bawah  Pengurusan Kewangan dan diketuai  oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) M48, Akuantan W41, Penolong Akuantan W32, Pembantu Tadbir N22, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Tadbir N11, unit ini beroperasi di sebelah Unit Pengurusan Aset.

OBJEKTIF

o    Menguruskan proses perolehan  dengan mematuhi prosedur perolehan yang sedang berkuatkuasa.

o    Sebagai pusat perolehan Jabatan bagi memudahkan urusan pemantauan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran.

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

Perolehan Dan Pembekalan

     Perolehan domestik, alatulis, pakaian seragam, gas perubatan aset perubatan, aset bukan perubatan serta lain-lain keperluan Jabatan.

     Menyelenggara / menyimpan  dan menyimpan rekod-rekod perbelanjaan unti-unit.

     Percetakan dan bahan percetakan

Assets&Stor Managment

PENGENALAN

Unit Pengurusan Aset merangkumi 2 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N32 dan dibantu dua orang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N27, tiga orang Pembantu Tadbir N17, seorang Pekerja Awam R4 dan dua orang Pekerja Awam R1.

OBJEKTIF

o    Menguruskan penerimaan  dengan mematuhi prosedur Tatacara Pengurusan Stor yang sedang berkuatkuasa;

o    Memberi khidmat pembekalan dengan menyimpan dan menyelenggara stok serta rekod bagi memenuhi keperluan dan mengelakkan pembaziran; dan

o    Menguruskan proses Pengurusan Aset Alih Kerajaan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

Pengurusan Stor

     Membekal bekalan domestik, alatulis, pakaian seragam dan gas perubatan

     Menyelenggara / menyimpan bekalan

     Pelupusan stok

     Hapuskira stok

     Percetakan

Pengurusan Aset Alih Kerajaan

     Pendaftaran Harta Modal dan Inventori

     Pelupusan aset alih

     Kehilangan dan Hapuskira

PENCAPAIAN TAHUN 2010

Unit Pengurusan Aset telah mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Kementerian Kesihatan pada tahun 2010.  Projek Pengurusan Aset Berkomputer yang diketengahkan telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Aset adalh seperti berikut:

1.    Kursus Pengurusan Aset

2.    Taklimat Pemeriksaan Stor

3.    Taklimat Pegawai Pemeriksa

Financial

PENGENALAN

Unit Kewangan merupakan satu unit yang memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat mengenai pengurusan dan kawalan kewangan serta urusan perolehan. Unit ini terdiri daripada Unit  Kewangan Am dan Unit Perolehan.

Unit ini diketuai oleh seorang Akauntan W41 yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau hal-hal berkaitan kewangan dan perolehan dan dibantu oleh seorang Penolong Akauntan W32. Selain itu Unit ini mempunyai 16 orang anggota yang terdiri daripada Pembantu Tadbir Kewangan W22, Pembantu Tadbir N22, Pembantu Tadbir Kewangan W17, Pembantu Tadbir N17, Pembantu Tadbir N11 serta Pembantu Am Rendah.

OBJEKTIF

Memastikan segala pengurusan kewangan dan perolehan serta masalah-masalah yang berkaitan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan dengan berpandukan prosedur-prosedur dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

  • Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus dan Pembangunan dengan cekap berpandukan kepada peraturan/ prosedur kewangan
  • Menjelaskan semua pembayaran dengan cepat iaitu dalam tempoh 14 hari ke atas perkhidmatan dan bekalan melalui Sistem eSPKB dan ePerolehan;
  • Menguruskan pembayaran emolumen kepada semua anggota Hospital Bahagia Ulu Kinta;
  • Melaksanakan kutipan hasil dengan cekap dan efisien melalui Sistem eTerimaan;
  • Memberi mutu perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan professional terhadap pelanggan-pelanggan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pengurusan kewangan; dan
  •  Memastikan semua urusan perolehan jabatan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa.