Ikuti kami
08 Disember, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan berperanan menguruskan semua rekod perubatan pesakit dalam di hospital dengan fungsi utamanya menyediakan maklumat dan dokumentasi rekod perubatan, mengurus penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan, penyediaan pelbagai jenis laporan perubatan mengenai  pesakit serta pengurusan statistik rawatan pesakit

 

Definisi

Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk mengurus semua rekod perubatan dan yang berkaitan bagi menentukan:-

  • Rekod sentiasa ada
  • Rekod sentiasa lengkap
  • Rekod diperolehi dengan cepat
  • Keselamatan rekod terjamin
  • Kerahsiaan maklumat dijaga

 

Fungsi

  • Pengurusan rekod perubatan pesakit
  • Penyediaan statistik pesakit
  • Pengurusan pelbagai laporan termasuk perihal Lembaga Perubatan dan Lembaga Pelawat Hospital

 

Objektif

  • Menyelenggara rekod perubatan pesakit secara sistematik
  • Mengumpul dan menganalisa maklumat pesakit dalam dan luar berdasarkan standard dan pengkelasan penyakit antarabangsa
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan di samping meningkatkan produktiviti dan kecekapan dikalangan anggota rekod perubatan
    • Visi
    • Ke arah mewujudkan satu system pegurusan maklumat rawatan pesakit yang berkualiti, efisyen serta serasi pelanggan seiring dengan perubahan teknologi dan persekitaran.
    • Misi
    • Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan setia kepada pelanggan dan semua anggota unit dengan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang berlandaskan nilai-nilai penyayang, bekerja berpasukan dan profesionalisme.

 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Pengurusan, penyimpanan dan pengeluaran Rekod Perubatan Pesakit Dalam.

  • Laporan Bulanan dan Tahunan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) bagi pesakit dalam, luar dan perkhidmatan sokongan.
  • Menyelaras notifikasi penyakit berjangkit melalui program Sistem e-Notis.
  • Menyelaras National Indicator In Psychiatry.
  • Mengendali Keputusan Ujian dadah Dalam Air Kencing
  • Menyelaras Mental Health Registry for Schizophrenia serta Outcome Study
  • Menyelaras National Indicators ke atas penghantaran rekod pesakit dan penyediaan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Mengurus permohonan Laporan Perubatan
3. Menyelaras Lembaga Perubatan
4. Urusetia Lembaga Pelawat
5. Pengurusan pentadbiran Unit Rekod Perubatan

  • Urusan surat menyurat pesakit
  • Perlupusan rekod perubatan mengikut Akta dan Pekeliling yang berkaitan
  • Penyimpanan hartabenda bernilai pesakit
  • Sekretariat Jawatankuasa Rekod Perubatan yang berfungsi untuk memantau dan mengemaskini rekod perubatan pesakit

 

Aktiviti Unit

  • Unit Rekod Perubatan telah mengendalikan Latihan Dalam Perkhidmatan sebayak 4 kali kepada anggota paramedic HBUK dalam bentuk bengkel bagi tujuan penambahbaikan pengurusan rekod perubatan pesakit.
  • Audit penyusunan PCR juga telah diadakan di kesemua 54 wad lelaki dan 26 wad perempuan