Ikuti kami
08 Disember, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Bahagia Ulu Kinta berperanan untuk menilai kefungsian harian setiap pesakit yang dirujuk serta menjalankan rawatan pemulihan psikiatri yang menjurus ke arah kefungsian optima individu dari aspek fizikal. mental, sosial dan ekonomi. Perkhidmatan ini meliputi peringkat hospital dan komuniti dengan menggunakan aktiviti-aktiviti teraputik sebagai medium rawatan

 

Objektif

•    Membantu pesakit agar dapat berdikari ke tahap yang optima semasa menjalankan aktiviti seharian yang meliputi aspek fizikal, sosial, psikososial dan mental bagi pesakit dalam hospital dan juga di komuniti; dan

•    Menyediakan kemudahan latihan dan pembelajaran berterusan untuk anggota, pelatih-pelatih Pemulihan Carakerja dan lain-lain kumpulan rawatan yang ditempatkan di unit ini

 

Perkhidmatan

Pemulihan di Unit Pemulihan Carakerja diterajui oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U41 dan  Jurupulih Perubatan (Carakerja) Gred U38 seorang, Gred U36 tiga orang, Gred U32 empat orang dan Gred U29 dua puluh orang  serta dibantu oleh 21 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Skop Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ialah mengikut pelan rawatan individu yang dikenalpasti mengikut proses kerja yang ditetapkan bagi mencapai kualiti perkhidmatan yang ditetapkan di dalam ISO.
Perkhidmatan yang telah diberi termasuk:-

•    Penilaian awal dan spesifik
•    Penilaian Kefungsian Kerja
•    Penilaian Domestik
•    Pemulihan Aktiviti Seharian
•    Pemulihan Kognitif dan Tingkahlaku
•    Latihan Kemahiran Kerja
•    Program Penempatan Kerja
•    Pemulihan Domestik
•    Pemulihan Psikososial
•    Pemulihan Dalam Komuniti

 

Aktiviti-aktiviti

Sepanjang tahun 2010, rawatan pemulihan melibatkan pesakit dijalankan dengan intervensi spesifik mengikut keperluan setiap pesakit yang dirujuk. Selain daripada itu, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan dengan menggabungkan pesakit dari wad yang berbeza bagi mencapai keperluan pesakit yang dirujuk.  

Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di dalam kawasan hospital dan juga di kawasan-kawasan sekitar Perak. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010.