Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan & Fungsi

Unit Patologi Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang memberi perkhidmatan diagnostik kepada pelanggan. Unit ini diterajui oleh seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) U32 dan dibantu oleh 5 orang JTMP U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3.

Menyediakan perkhidmatan sokongan sains berteknologi yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal di sebuah hospital penjagaan primer.

 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti dan penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian demi kecemerlangan rawatan dan pemantauan pesakit.
  • Bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan perawatan yang lain untuk mencapai objektif umum hospital.

 

Skop Perkhidmatan & Aktiviti

Terdiri daripada beberapa bahagian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan 
kepada pelanggan terutama perkhidmatan diagnostik dengan menjalankan ujian- 
ujian makmal.

  • ADALAH SATU PERKHIDMATAN YANG MUSTAHAK DALAM “PATIENT CARE SERVICES”
  • TANPA KEPUTUSAN UJIAN, RAWATAN KEPADA PESAKIT AKAN TERGENDALA
  • KEPUTUSAN UJIAN DIPERLUKAN BAGI MENETAPKAN PENDIAGNOSAN YANG TEPAT
  • PEMANTAUAN RAWATAN KEPADA PESAKIT YANG MENJALANI RAWATAN
  • KEPUTUSAN UJIAN YANG TEPAT SANGAT MUSTAHAK, MAKA PENENTUAN KUALITI DALAM KEPUTUSAN ADALAH WAJIB
  • ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA ANGGOTA MENGIKUTI CARA-CARA PENENTUAN KUALITI

 

Waktu Perkhidmatan

Hari Waktu

Isnin – Khamis


Jumaat

8:00 Pagi – 1:00 Petang
2:00 Petang – 5:00 Petang

8:00 Pagi – 12:15 Tghari 
2:45 Petang – 5:00 Petang

Tugas atas panggilan adalah selepas waktu pejabat (passive call)

Tugas atas panggilan (passive call)

  • Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP U29/ U32) dijadualkan untuk menjalankan ujian segera atas arahan iaitu tugas atas panggilan (On Call).
  • Selepas waktu pejabat - Dari jam 5.00 p.m hingga 8.00 a.m keesokan hari.
  • Cuti am dan cuti hujung minggu - Dari jam 8.00 a.m hingga 8.00 a.m keesokan hari.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak makmal di talian sambungan yang disediakan