Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam Hospital Bahagia Ulu Kinta ditubuhkan pada Ogos 2007 apabila wujudnya jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 dan Pembantu Hal Ehwal Islam S17. Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah sebuah Unit Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital Bahagia Ulu Kinta 

FUNGSI

Fungsi utama Unit Hal Ehwal Islam adalah bertanggungjawab untuk melahirkan generasi pesakit-pesakit Muslim psikiatri yang berpengetahuan dan berpendidikan dalam bidang Agama Islam dengan menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan yang sesuai dengan keadaan pesakit. Di samping itu menyediakan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk anggota Hospital Bahagia Ulu Kinta yang beragama Islam.

 

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan pesakit-pesakit psikiatri mendapat pendidikan dan bimbingan Islam untuk membasmi buta ilmu agama ke arah melahirkan generasi pesakit-pesakit psikiatri muslim yang komited, serta menghasilkan pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam. Menyebar dan memantapkan ajaran Islam kepada kakitangan Islam Hospital Bahagia Ulu Kinta dari segi Aqidah, Syariah, Akhlak.

 

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

 - Khidmat Kepada Pesakit Psikatri

Menyebar dan memantapkan ajaran Islam kepada anggota Hospital Bahagia Ulu Kinta dari segi Aqidah, Syariah, Akhlak. Memberi nasihat dan bimbingan rohani (ugama) kepada pesakit-pesakit mengikut jadual yang dirancang. Memberi khidmat kaunseling ugama kepada pesakit-pesakit psikatri yang didalam proses pemulihan. Mengelokakan kelas-kelas Fardhu Ain kepada pesakit-pesakit psikatri di Bahagian lelaki dan perempuan mengikut jadual harian yang di rancang. Menyelenggarakan jenazah pesakit psikiatri muslim dari memandikannya hingga ke liang lahat (pengkebumiannya). Berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator) dalam hal-hal yang berkaitan dengan ugama Islam, meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pesakit dan anggota (sebagai ahli daya rujuk)

 - Khidmat Kepada Kakitangan

Mengacara dan menyempurnakan doa-doa dalam majlis-majlis rasmi Jabatan. Mengelokakan majlis-majlis ilmu untuk kakitangan Islam. Menjalankan khidmat kaunseling kepada kakitangan Islam yang bermasalah mengikut kes-kes yang dirujuk oleh Ketua-Ketua Unit.

 - Tanggungjawab Kepada Jabatan

Menganggotai Jawatankuasa Aktiviti Penerapan Nilai-Nilai Islam Hospital Bahagia. Membantu pihak Jabatan dalam menjana aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah disamping membantu mencegah kegiatan-kegiatan atau ajaran yang bertentangan dengan akidah Islam khususnya dikalangan kakitangan dan ahli keluarga kakitangan yang bermaustatin di kawasan Hospital Bahagia. Lain-lain tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

I.    Pengurusan, penyimpanan dan pengeluaran Rekod Perubatan Pesakit Dalam.

II.    Memantau dan menyelia penambahbaikan PCR dari masa ke semasa.

III.    Penyediaan Statistik:-

•    Laporan Bulanan dan Tahunan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) bagi pesakit dalam, pesakit    luar dan perkhidmatan sokongan.
•    Menyelaras notifikasi penyakit berjangkit melalui Sistem e-Notifikasi Web Based.

•    Mengendali Keputusan Ujian Dadah Dalam Air Kencing.

•    Menyelaras pengumpulan data Orang Kurang Upaya (OKU).

•    Menyelaras Mental Health  Registry for Schizophrenia serta Outcome Study.

•    Menyelaras National Indicator Approach (NIA) ke atas penghantaran rekod perubatan pesakit dan penyediaan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan.

IV.    Mengurus semua permohonan laporan perubatan.

V.    Menyelaras Mesyuarat Lembaga Perubatan.

VI.    Urusetia mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

VII.    Pengurusan pentadbiran Unit Rekod Perubatan:-

•    Pelupusan rekod perubatan mengikut Akta dan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Arkib Negara.

•    Penyimpanan hartabenda bernilai pesakit.

•    Sekretariat Jawatankuasa Rekod Perubatan yang berfungsi untuk memantau dan mengemaskini rekod perubatan pesakit.

•    Urusan surat menyurat pesakit.