Pengenalan
Unit Dietetik Dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal. Unit ini terdiri daripada 72 orang anggota daripada pelbagai gred dan jawatan serta mempunyai dua unit dapur Dapur A dan Dapur B. Unit Dietetik Dan Sajian bertanggungjawab dalam penyediaan diet pesakit di mana tugas setiap dapur adalah seperti berikut:
I. Dapur A menyediakan diet untuk Wad Dalam yang terdiri dari pesakit kelas 1,2 dan 3 serta makanan untuk ‘doctor on-call’.
II. Dapur B pula bertanggungjawab untuk menyediakan diet kepada pesakit kelas 3 sahaja
Objektif
Untuk memastikan perkhidmatan Dietetik Klinikal dan perkhidmatan Sajian serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan Unit Dietetik Dan Sajian terbahagi kepada 2 skop utama:
1. Perkhidmatan Dietetik
• Kaunseling Pemakanan Pesakit Dalam & Luar;
• Menilai status pemakanan pesakit dan perancangan menu khas bagi penyakit tertentu; dan
• Ceramah Pemakanan.
2. Perkhidmatan Sajian
• Menyediakan makanan untuk pesakit mengikut pesanan; dan
• Menyediakan makanan untuk diet Doctor On-call dan catuan malam.
Quality Assurance
Unit Dietetik dan Sajian juga terlibat dalam aktiviti kualiti seperti berikut :
MS ISO 9001:2008v
'Quality Assurance Programe'v
Inovasiv
Kajian Kepuasan Pelangganv
Lawatan Ke Wadv