Ikuti kami
08 Disember, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan berfungsi sebagai Perkhidmatan Sokongan Hospital Bahagia Ulu Kinta iaitu Unit Pengurusan Am terdiri daripada Unit Sumber Manusia, Unit Tatatertib, Unit Pentadbiran, Unit Keselamatan, Unit Latihan, Unit Pembangunan & Khidmat Sokongan Hospital, Unit Pengurusan Aset dan Unit Pengangkutan. 

Unit-unit  lain yang berada di bawah Bahagian Pengurusan adalah Unit Kewangan (Unit Perolehan dan Kewangan Am), Pengurusan Maklumat, dan Unit Perpustakaan. Bahagian Pengurusan ini diseliakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan dibantu oleh Penolong Pengarah (Pengurusan) iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41/M44.

UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

Unit Pengurusan Am merangkumi Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia dimana ianya berfungsi sebagai pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan HBUK yang melibatkan urusan surat-menyurat, hal-hal kebajikan, pengurusan latihan dan pengurusan sumber manusia secara keseluruhan termasuk urusan pelantikan sehingga persaraan anggota. Disamping itu, segala informasi yang diterima akan disampaikan kepada seluruh warga HBUK melalui semua Ketua-Ketua Unit.   Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia dianggotai oleh jawatan-jawatan seperti yang berikut :-

•    Pen. Peg. Tadbir N27        –   1  orang

•    Pem. Tadbir N26                  –   1  orang
 
•    Pem. Tadbir N22                    –   1  orang
 
•    Pem. Tadbir N17 ¬                   –  16 orang
 
•    Peg. Khidmat Pelanggan       –   7 orang 

•    Pem.Keselamatan                  –   2 orang

•    Pem. Am Pejabat                  –   5  orang

•    Pemandu                              –  32 orang

 

OBJEKTIF

Melaksanakan dan Mengendalikan dasar Hospital Bahagia Ulu Kinta supaya aktiviti-aktiviti hospital dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan. Semua anggota bersama-sama memastikan objektif Jabatan tercapai dengan jayanya.

 

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Seksyen Pentadbiran Am secara rutin sepanjang tahun 2010 ialah :-

•    Melaksanakan Dasar-dasar

Sentiasa memastikan dasar-dasar yang telah diperuntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk dasar-dasar dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dari semasa ke semasa dilaksanakan dan dipatuhi bagi memastikan perkhidmatan sokongan dapat disampaikan dengan lancar dan teratur.

•    Dasar Operasi

Hospital Bahagia Ulu Kinta telah merangka satu dasar operasi pada tahun 2005 untuk memastikan perkhidmatan organisasi diseragamkan mengikut penetapan garis panduan yang diselaraskan dengan Objektif Jabatan dan dilaksanakan oleh semua Bahagian/Unit dengan berkesan. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia memastikan setiap anggotanya mematuhi Dasar Operasi yang telah dirangka.

•    Pengurusan Kualiti / Dasar Kualiti

Dasar Kualiti Jabatan telah diwujudkan oleh Bahagian Pengurusan Hospital Bahagia Ulu Kinta iaitu ’Cekap, Berkesan dan Penambahbaikan Berterusan’ selaras dengan penganugerahan Pensijilan MS ISO dan Akreditasi. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia menjadikan Dasar Kualiti yang telah diwujudkan sebagai budaya kerja dan panduan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti bersesuaian dengan keperluan semasa.

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia turut memberikan kerjasama dan terlibat dengan program yang telah diaturkan oleh Jawatankuasa ISO dan Akreditasi HBUK.