Ikuti kami
08 Disember, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

PENGENALAN & FUNGSI

Perpustakaan Hospital Bahagia Ulu Kinta tergolong dalam kategori Perpustakaan Khusus dan Akedemik. Koleksi perpustakaan merangkumi pelbagai bidang perubatan khususnya dalam bidang Psikiatri dan koleksi perubatan lain. Perpustakaan ini menggunakan sistem pengkelasan NLM (National Library of Medicine). Unit Perpustakaan bertanggungjawab untuk membangun, mendokumentasi dan menyelenggara serta memelihara bahan perpustakaan dalam bidang am dan perubatan. 

Di samping itu  Unit Perpustakaan juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan pusat saluran maklumat yang terkini bagi menggalak dan menerapkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat supaya perpustakaan menjadi Pusat Kecemerlanagn ilmu khususnya dalam bidang perubatan.

 

OBJEKTIF

Memberikan khidmat sokongan kepada usaha-usaha latihan, pembelajaran dan penyelidikan yang dijalankan di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan Kolej Pembantu Perubatan dengan mengadakan:

•    Sistem pencarian maklumat yang  teratur;

•    Perkhidmatan rujukan dan perujukan   untuk pelanggan; dan

•    Perkhidmatan pinjaman.

 

SKOP PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI

Skop perkhidmatan meliputi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan kepada pelanggan yang terdiri dari kakitangan hospital dan kolej, pelajar-pelajar pembantu perubatan dan  peserta–peserta kursus post-basic serta penyelidik.  Mereka dibenarkan meminjam setelah menjadi ahli perpustakaan. Secara keseluruhan  perpustakaan lebih banyak memberikan perkhidmatan kepada Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta.

  - Pinjaman:

Perkhidmatan pinjaman kepada semua ahli perpustakaan yang berdaftar sebanyak dua (2)  naskhah buku dan dua (2) naskhah majalah / jurnal boleh dipinjamkan dalam tempoh selama (2) minggu.

 - Pemulangan:

Pemulangan buku hendaklah dibuat tepat pada tarikh yang ditetapkan. Penalti akan dikenakan bagi setiap hari atas kelewatan tersebut. Bagi buku yang hilang, peminjam harus menggantikan buku tersebut atau membayar harga pasaran buku tersebut.

  - Rujukan:

Bagi bahan bacaan yang bertanda ‘R’ adalah digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar. Namun, dalam hal–hal tertentu, jika pengguna ingin juga membuat pinjaman buku–buku tersebut, mereka diperlukan mengisikan borang yang disediakan dan pinjaman boleh dibuat selama 1–3 hari sahaja mengikut budi bicara ketua Unit Perpustakaan.

 - Fotostat:

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan fotostat kepada semua pengguna perpustakaan kadar bayaran sebanyak RM0.05 bagi setiap salinan.