Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

PENGENALAN

Unit Pengurusan Aset merangkumi 2 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N32 dan dibantu dua orang Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N27, tiga orang Pembantu Tadbir N17, seorang Pekerja Awam R4 dan dua orang Pekerja Awam R1.

 

OBJEKTIF

o    Menguruskan penerimaan  dengan mematuhi prosedur Tatacara Pengurusan Stor yang sedang berkuatkuasa;

o    Memberi khidmat pembekalan dengan menyimpan dan menyelenggara stok serta rekod bagi memenuhi keperluan dan mengelakkan pembaziran; dan

o    Menguruskan proses Pengurusan Aset Alih Kerajaan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.

 

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

Pengurusan Stor

     Membekal bekalan domestik, alatulis, pakaian seragam dan gas perubatan

     Menyelenggara / menyimpan bekalan

     Pelupusan stok

     Hapuskira stok

     Percetakan

Pengurusan Aset Alih Kerajaan

     Pendaftaran Harta Modal dan Inventori

     Pelupusan aset alih

     Kehilangan dan Hapuskira

 

PENCAPAIAN TAHUN 2010

Unit Pengurusan Aset telah mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Kementerian Kesihatan pada tahun 2010.  Projek Pengurusan Aset Berkomputer yang diketengahkan telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Aset adalh seperti berikut:

1.    Kursus Pengurusan Aset

2.    Taklimat Pemeriksaan Stor

3.    Taklimat Pegawai Pemeriksa