Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

PENGENALAN

Unit Kewangan merupakan satu unit yang memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat mengenai pengurusan dan kawalan kewangan serta urusan perolehan. Unit ini terdiri daripada Unit  Kewangan Am dan Unit Perolehan.

Unit ini diketuai oleh seorang Akauntan W41 yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau hal-hal berkaitan kewangan dan perolehan dan dibantu oleh seorang Penolong Akauntan W32. Selain itu Unit ini mempunyai 16 orang anggota yang terdiri daripada Pembantu Tadbir Kewangan W22, Pembantu Tadbir N22, Pembantu Tadbir Kewangan W17, Pembantu Tadbir N17, Pembantu Tadbir N11 serta Pembantu Am Rendah.

 

OBJEKTIF

Memastikan segala pengurusan kewangan dan perolehan serta masalah-masalah yang berkaitan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan dengan berpandukan prosedur-prosedur dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI

  • Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus dan Pembangunan dengan cekap berpandukan kepada peraturan/ prosedur kewangan
  • Menjelaskan semua pembayaran dengan cepat iaitu dalam tempoh 14 hari ke atas perkhidmatan dan bekalan melalui Sistem eSPKB dan ePerolehan;
  • Menguruskan pembayaran emolumen kepada semua anggota Hospital Bahagia Ulu Kinta;
  • Melaksanakan kutipan hasil dengan cekap dan efisien melalui Sistem eTerimaan;
  • Memberi mutu perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan professional terhadap pelanggan-pelanggan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pengurusan kewangan; dan
  •  Memastikan semua urusan perolehan jabatan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa.