Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Klinik Pergigian di Hospital Bahagia Ulu Kinta berfungsi sebagai satu unit yang memberikan rawatan pergigian khusus kepada golongan-golongan mengikut keutamaan berikut:-

•    Pesakit-pesakit psikiatrik dalaman;

•    Anggota HBUK dan keluarga mereka;

•    Pelatih-pelatih Kolej Pembantu Perubatan;

•    Penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan, Tg. Rambutan (JKM);

•    Ibu mengandung yang dirujuk oleh Klinik Kesihatan Tg. Rambutan (KKTR); dan

•    Masyarakat Awam

 

Objektif

    Memastikan Perkhidmatan Pergigian yang diberi adalah mengikut keperluan setiap pesakit, sama rata, efektif, berkualiti dan memberi kepuasan kepada pesakit; danØ

    Meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat dan mewujudkan perubahan tatalaku untuk memperbaiki dan menjaga kesihatan mulut semua golongan. Penekanan diberi kepada kumpulan sasaran iaitu Pesakit Psikiatrik.

 

Perkhidmatan

JADUAL BERTUGAS:
ISNIN – JUMAAT : 8.00 PAGI – 5.00 PTG

Masa Pagi (8.00 pg - 1.00 ptg) Petang (2.00 ptg - 5.00 ptg)
Hari
Isnin Pesakit Wad dan Anggota HBUK  Temujanji dan Rujukan Kecemasan Pesakit wad
Selasa
Rabu Rawatan gigi Palsu
Khamis Rawatan Pesakit Luar
Jumaat Pesakit wad dan Anggota HBUK

JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERI:

•    Merawat pesakit dari wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan sama ada kes-kes kecemasan, ulangan atau susulan dan untuk pemeriksaan kesihatan pergigian;

•    Kes-kes Kecemasan  seperti abcess, trauma, MVA (di beri keutamaan);

•    Rawatan Perkhidmatan Pergigian Primer (tampalan, penskalaran, cabutan dan gigi palsu);

•    Merujuk kes-kes rumit kepada Pakar Pergigian;

•    Pemeriksaan dan merawat ibu-ibu mengandung yang dirujuk dari KKTR; dan

•    Memberikan temujanji rawatan susulan kepada pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan