Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Seksyen Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan adalah seksyen yang terbesar dalam kumpulan perkhidmatan klinikal di Hospital Bahagia Ulu Kinta baik dari segi bilangan anggota, bilangan pesakit dan kawasan bawah seliaannya. Seksyen ini mengamalkan pengurusan ”participative management” melalui sesi mesyuarat berkala, bercambahan fikiran dan perbincangan penyelesaian masalah. 

Pengurusan seksyen ini dibahagikan kepada lima Zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon D dan Zon E untuk memudahkan pentadbirannya. Setiap Zon diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan setiap Unit Seksyen Wad diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32. Zon-Zon ini yang terletak di ”Outer Ward” diketuai seorang Penolong Pegawai Perubatan U42 manakala Zon-Zon yang terletak di ”Inner Ward” juga diketuai seorang Penolong Pegawai Perubatan U42.

Seksyen Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merangkumi Pusat Informasi Setempat, Bilik Pelawat, semua Wad Lelaki yang terdiri Wad Kemasukan Lelaki, Wad Infirmary Lelaki, Wad Pemulihan Lelaki termasuk Wad Kebun dan Wad Kelas Satu dan Dua, Wad Psikogeriatrik (A Wad Tinggal Lama), Wad Psikiatri Forensik, Unit Discaj Berkumpulan , Unit Perawatan di Rumah, Pejabat Seksyen Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan, Pejabat Operasi 24 jam Seksyen Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan, Muzium, Dewan Bahagia dan Unit Patologi Forensik.

 

Objektif

  • Memberi rawatan dan pemulihan psikiatri yang berkualiti supaya pesakit dapat pulang ke pangkuan masyarakat dan keluarga untuk menjalankan kehidupan yang optima.
  • Merealisasikan pengurusan pesakit yang berkualiti berteraskan evidence-based management
  • Melengkapkan anggota-anggota dengan pengetahuan dan kemahiran teknik perawatan serta pemulihan yang berkesan dan terkini.
  • Menyediakan kemudahan perubatan dan peralatan yang moden untuk perawatan pesakit yang sempurna.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental kepada pelawat dari agensi kerajaan dan swasta.
    • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan adalah mengikut keadaan fizikal dan mental pesakit. Ia terbahagi kepada 3 jenis perkhidmatan utama:

      01.Pesakit Dalam

      02. Pesakit Luar

      03.Psikiatri Komuniti

      Unit-unit lain di bawah seliaan

          * Klinik Pakar
          * Unit Elektro Konvulsif Terapi
          * Unit Kawalan Infeksi
          * CSSU
          * Unit Forensik Patologi
          * Unit Discaj Berkumpulan
    • Aktiviti-aktiviti

      ·         01.Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)

      Merupakan aktiviti asas yang dilakukan setiap hari kepada setiap pesakit untuk memenuhi keperluan harian seperti penjagaan kebersihan diri, pakaian, makanan, berinteraksi dan sebagainya.

      02.Aktiviti Pemulihan

      Program rehabilitasi pesakit Wad Dalam dilaksanakan oleh semua anggota wad mengikut jadual harian yang dirancangkan. Aktiviti ini memberi impak reality orentation kepada pesakit seperti sambutan hari perayaan, berkebun dan lain-lain.

      03.Program Psychoeducation

      Program Psychoeducation untuk pesakit rujukkan oleh doktor dijalankan di Dewan Aktiviti Unit Pemulihan Carakerja pada hari Selasa dan Khamis, atau mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi pesakit yang tidak dirujuk, petugas di wad akan menjalankan program tersebut di wad masing – masing.

      04.Aktiviti Keagamaan

      Pesakit Islam akan mengikuti kelas agama yang dikendalikan  Ustaz HBUK dan pesakit  beragama Kristian akan mengikuti aktiviti Christian Fellowship pada hari Selasa pertama setiap bulan. Sementara itu, pesakit beragama Hindu mengikuti upacara keagamaan dibawah Persatuan Kebajikan Anggota India HBUK. Badan-badan sukarelawan juga turut terlibat dalam menjayakan aktiviti sosial dan perayaan keagamaan bagi pesakit.