Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Di antara Unit Perkhidmatan Klinikal di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Unit Kejururawatan dan Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit terbesar dari segi bilangan anggota, pesakit dan kawasan bawah seliaannya.  Unit ini berazam  meningkatkan mutu  perawatan yang berkualiti dan berkesan kepada pesakit-pesakit psikiatri supaya mereka boleh menikmati kehidupan berkualiti dan berdikari apabila mereka keluar dari hospital.  

Unit ini juga berperanan mempromosi kesihatan mental yang baik kepada pesakit serta keluarga menerusi pendidikan kesihatan supaya dapat mengurangkan bilangan pesakit masuk semula ke hospital. 

 

Objektif

    Memberi rawatan dan pemulihan psikiatri yang berkualiti supaya pesakit dapat pulang ke pangkuan masyarakat dan keluarga untuk menjalankan kehidupan yang optima.Ø

    Merealisasikan pengurusan pesakit yang berkualiti berteraskan evidence-based management.
Ø

    Melengkapkan anggota-anggota dengan pengetahuan dan kemahiran teknik perawatan serta pemulihan yang berkesan dan terkini.
Ø

    Menyediakan kemudahan perubatan dan peralatan yang moden untuk perawatan pesakit yang sempurna.
Ø

    Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental kepada pelawat dari agensi kerajaan dan swasta.
Ø Perkhidmatan

Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan adalah mengikut keadaan fizikal dan mental pesakit. Ia terbahagi kepada 3 jenis perkhidmatan utama

1) Pesakit  Dalam

2)  Pesakit Luar

3)  Psikiatri Komuniti

4) Unit-Unit lain di bawah seliaan

-    Klinik Pakar
-    Unit Elektro Konvulsif Terapi
-    Unit Kawalan Infeksi
-    CSSU
-    Unit Forensik Patologi
-    Unit Discaj Berkumpulan
-    Bilik Daftar Masuk
-    Forensik
-    Patologi

 

Aktiviti-aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi menambahbaikan perawatan pesakit dan mutu perkhidmatan, Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

1. Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)

Merupakan aktiviti asas yang dilakukan setiap hari kepada setiap pesakit untuk memenuhi keperluan harian seperti penjagaan kebersihan diri, pakaian, makanan, berinteraksi dan sebagainya.

2. Aktiviti Pemulihan

Program rehabilitasi untuk pesakit Wad Dalam dilaksanakan oleh semua anggota wad mengikut jadual harian yang telah dirancangkan. Aktiviti ini memberi impak reality orientation kepada pesakit seperti sambutan hari perayaan, berkebun dan lain-lain.

3. Program Psychoeducation

Program Psychoeducation untuk pesakit yang dirujuk oleh doktor dijalankan di Dewan Aktiviti Unit Pemulihan Carakerja. Bagi pesakit yang tidak dirujuk, petugas di wad akan menjalankan program tersebut di wad masing–masing. 

4. Aktiviti Keagamaan 

Pesakit yang beragama Islam akan mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh Ustaz HBUK. Pesakit yang beragama Kristian akan dibawa ke Dewan Anggerik untuk mengikuti aktiviti pada hari Selasa pertama setiap bulan. Pesakit yang beragama Hindu berpeluang mengikuti upacara keagamaan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Anggota India HBUK. Badan–badan sukarelawan juga turut terlibat dalam menjayakan aktiviti sosial dan perayaan keagamaan bagi pesakit.

5. Unit Elektro Konvulsif Terapi (ECT)

ECT adalah rawatan yang diarahkan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan untuk kes-kes psikiatri yang tertentu. Rawatan ini dilaksanakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di Unit ECT.

6. Pengendalian Bilik Pelawat

Dua Bilik Pelawat yang selesa disediakan untuk para pelawat yang datang melawat pesakit. Masa melawat adalah dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari termasuk hari Kelepasan Minggu dan Kelepasan Am