Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Klinik Pakar Psikiatri merupakan pusat rujukan yang memberi perkhidmatan kepada purata 913 pesakit luar setiap bulan. Usaha penambahbaikan kerja adalah keutamaan anggota yang memberi perkhidmatan kaunter dengan menerapkan slogan "Kami Sedia Membantu" terhadap semua pelanggan.

Perkembangan dan pembangunan baru di Klinik Pakar telah diwujudkan demi meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna iaitu:-

  • Telah menaiktaraf Sistem Pendaftaran pesakit menggunakan sistem pengkomputeraan dimana dapat menjimatkan masa pendaftaran dari 5 minit ke 1 minit dan juga dapat memantau masa menunggu (e-masa) pesakit dengan tepat.
  • Menyediakan perkhidmatan untuk Pendaftaran OKU bagi pesakit Psikiatri.
  • Menyediakan ruang menunggu yang lebih kondusif iaitu ruang menunggu pesakit telah dinaiktaraf dengan menyediakan kerusi yang lebih selesa untuk pesakit.

Bilangan kedatangan Pesakit Luar sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 10,960 kes berbanding  9400 pada tahun 2009. Peningkatan kes adalah kerana masyarakat telah sedar tentang kepentingan mendapatkan rawatan untuk pesakit Psikiatri.

 

Konsep

Klinik Pakar Psikiatri berperanan memberi penilaian dan rawatan psikiatri pesakit luar, penilaian dan rawatan psikologi dan kaunseling untuk pesakit luar dan  dalam. Perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan serta Ahli Psikologi dan Kaunselor dengan sokongan Jururawat.

 

Objektif

  • Menentukan pengurusan pesakit dari segi penilaian, perawatan kaunseling dan psikoterapi dijalankan mengikut keperluan
  • Memberi pendidikan mengenai penyakit mental kepada pesakit dan keluarganya dan juga rawatan serta langkah-langkah pemulihan yang dijalankan bagi pesakit-pesakit luar di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

 

Perkhidmatan Rawatan

  • Klinik Pakar Psikiatri
    Perundingan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan untuk kes rujukan baru dan kes rujukan susulan dengan temujanji.
  • Klinik Walk-In
    Setiap hari waktu kerja bagi rujukan baru dan pesakit lama yang gagal mematuhi temujanji atau mengalamai 'relapse' atau masalah lain.
  • Pemberian Suntikan Bulanan / Pemeriksaan ECG Dan Darah Setiap Hari Bekerja
  • Perkhidmatan Hal Ehwal Agama Islam
  • Perkhidmatan memberi tarikh temujanji untuk kes-kes yang Discaj dari wad & Unit Komuniti Psikiatri
  • Memberi temujanji pada kes rujukan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk ujian IQ
  • Klinik Pesakit Luar Untuk Anggota
  • Quit Clinic
  • Health Screening untuk anggota yang berumur 40 tahun ke atas
  • Klinik Pembedahan sekali sebulan
  • Klinik Pakar Perubatan sekali sebulan
  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital-hospital yang dilawati:-
    - Hospital Kampar
    - Hospital Kuala Kangsar
    - Hospital Sg. Siput
    - Hospital Batu Gajah
  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Klinik Kesihatan :-
    - Klinik Kesihatan Manjoi
    - PSR Kg. Simee
    - Klinik Kesihatan Pasir Pinji
    - Klinik Kesihatan Gopeng
    - Klinik Kesihatan Kampar
  • Perkhidmatan Pembelajaran & Promosi Kesihatan Mental:-
    - Pakar Perunding Psikiatri & Pegawai Perubatan melibatkan diri dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan di Hospital Bahagia
    - Pakar Perunding Psikiatri dan Pegawai Perubatan terlibat dalam memberi ceramah berkaitan kesihatan mental di sekolah-sekolah dan juga semasa lawatan sambil belajar ke Hospital Bahagia
    - Memeberi latihan kepada anggota kesihatan dari kesihatan primer
    - Memberi ceramah dalam konferen dan juga agensi bukan kerajaan
    - Pakar-pakar Perunding Psikiatri memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih dan juga Post Graduate

 

Aktivit-aktiviti

Penyelidikan Klinikal

Kajian dijalankan oleh Pakar Perunding Psikiatri Kanan dan Pakar Perunding Psikiatri. Semua Jururawat U29 yang bertugas di Klinik Pakar sebagai 'Study Nurse'.

Pembelajaran Berterusan (CME)

  • Menghadiri CME di Hospital Ipoh setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga
  • 'Continuous Medical Education (CME)' di Hospital Bahagia Ulu Kinta setiap hari Selasa
  • Menghadiri seminar, symposium dan konferen
  • Tayangan video atau ceramah oleh penceramah jemputan dari dalam dan luar Negara berkaitan rawatan terbaru untuk penyakit mental anjuran Pertubuhan Pendidikan Perubatan Anggota HBUK

Mesyuarat Mingguan Klinikal dan Mortality Review

Diadakan pada setiap hari Selasa pada jam 9.00 pg - 10.00 pg

Kelas Psychoeducation

Setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 2.30 ptg - 3.30 ptg di bilik CRT

Pusat Sumber

  • Mengadakan kemudahan program komputer untuk staf
  • Menyimpan dokumen-dokumen penting dan buku-buku sebagai rujukan oleh anggota HBUK