Ikuti kami
08 Disember, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Perkhidmatan Perawatan Pesakit dalam Komuniti telah bermula sejak tahun 1970an dan telah di susun semula pada tahun 2001. 
Pada tahun 2002 enam zon telah di wujudkan. Satu lagi zon ditambah pada tahun 2004. Mulai 1.9.2010 seorang Pakar Psikiatri telah dilantik untuk menjaga kesemua zon bertujuan menyelaraskan perkhidmatan program ini.
 
Perkhidmatan ini di jalankan meliputi daerah Kinta, kawasan Kampar,  dan sebahagian daerah Kuala Kangsar. Program ini berjaya mengurangkan kemasukan semula pesakit ke wad, mengurangkan ‘relapse’ dan meningkatkan kepuasan pelanggan, pesakit dan keluarga.

Terdapat tiga komponen utama di dalam program ini iaitu :-

i.   Program Discaj Awal.
ii.  Perawatan Intensif.
iii. Perawatan Umum.

 

Objektif

•    Memastikan rawatan berterusan dapat diberikan kepada pesakit di rumah/ komuniti; 
•    Pengesanan awal gejala-gejala    ‘relapse’ untuk mengurangkan kadar kemasukan pesakit ke Wad Psikiatri;              
•    Memperkasakan (empowering) keluarga dan komuniti dalam penjagaan pesakit di rumah; 
•    Perkongsian bijak dalam penjagaan di  antara hospital dan komuniti; 
•    Mengujudkan jaringan diantara pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan  dalam penjagaan pesakit Psikiatri di rumah; dan 
•    Merancang dan menjalankan pemulihan pesakit psikiatri untuk meningkatkan kualiti kehidupan pesakit di komuniti.

 

Keanggotaan

1.  Dua orang Pegawai Perubatan 
2.  Anggota setiap zon :- 
I.    Satu hingga dua orang Penolong Pegawai Perubatan.
II.   Satu hingga dua orang Jururawat   Terlatih.
III.  Dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Setiap pengurus kes mengendalikan 20 hingga 30 pesakit dan semua Penolong  Pegawai Perubatan U32 dan Jururawat Terlatih U32 juga menjadi pengurus kes di samping menjalankan tugas penyeliaan lain.
Pengurus kes akan mengadakan lawatan ke rumah pesakit mengikut keperluan  pesakit antara 6 hingga 10 pesakit setiap kali lawatan.
        
Pasukan multidisiplinary yang lain termasuklah Jurupulih Perubatan Carakerja,  Pegawai Kebajikan Masyarakat, Kaunselor dan Psikologi. Pegawai Farmasi juga telah di tempatkan di Home Care untuk memberi kaunseling tentang penggunaan rawatan ubatan, mengesan kesan sampingan dan menyelesaikan isu berkenaan ubat – ubatan kepada pesakit dan keluarga di rumah.

 

Aktivit-aktiviti


 Penilaian kesihatan mental;
 
 Penilaian krisis dan risiko penyakit;
 
 Menyediakan pelan perawatan di  rumah dan melaksanakan tindakan sewajarnya;
 
 Memberi pendidikan kesihatan mental;
 
 Pemulihan Psikososial;
 
 Memperkasakan keluarga serta penjaga dan komuniti dalam penjagaan pesakit dan;
 
 Bekerjasama dengan agensi – agensi lain untuk membantu memenuhi keperluan  pesakit.