Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Gambar PengarahSelamat datang ke Portal Rasmi Hospital Bahagia Ulu Kinta

Laman web rasmi ini bertujuan untuk mendedahkan para pengunjung berkaitan dengan Hospital Bahagia Ulu Kinta dan memaklumkan kepada semua tentang pencapaian yang telah dicapai oleh organisasi ini sepanjang pertubuhan hospital ini. Pada keseluruhannya perubahan dan penambahbaikan telah dicapai dalam sistem kerja yang dijalankan di hospital ini. Kesemuanya ini menjurus kepada kecemerlangan perkhidmatan psikiatri yang merupakan bidang tugas utama (core business) hospital ini.

Laman web ini merupakan satu lagi kejayaan sangat bererti dan membanggakan HBUK secara khususnya dan seluruh aktiviti psikiatri di Malaysia secara umumnya. Selepas berjaya mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management System pada tahun 2006, pada tahun ini HBUK telah menerima Pengiktirafan Akreditasi selama 3 tahun bermula 17 Mei 2007 sehingga 16 Mei 2010 oleh Malaysian Society For Quality in Health (MSQH).

Kejayaan ini adalah berkat dari persiapan, kerjasama dan usaha keras dari semua kategori anggota hospital. Pencapaian ini amat penting kerana ini telah membuktikan bahawa HBUK telah meningkatkan kualiti perkhidmatan sesuai dengan tuntutan MSQH. Skop perkhidmatan meliputi promosi kesihatan mental, rawatan pemulihan dan perkhidmatan penswastaan.


Walau bagaimanapun, ini bukan bererti usaha kami akan berhenti di sini. Sebenarnya ini merupakan suatu permulaan dalam peningkatan kualiti perkhidmatana serta pengurusan pihak kami. Usaha dari anggota HBUK perlu diteruskan di masa akan datang kerana MSQH akan sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi membantu melengkapkan lagi laman web ini. Kepada semua yang terlibat dalam usaha ini TAHNIAH saya ucapkan dan saya memohon agar dapat diteruskan pencapaian yang memberangsangkan ini.

Sekian, terima kasih.


Dr. Norhayati Binti Nordin
Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta