Ikuti kami
18 Oktober, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Merupakan Institusi Psikiatri pertama dan terbesar dari 4 buah Institusi di Malaysia.

Pada tahun 1910, dengan pemilihan tapak yang dicadangkan oleh Dr. Samuels, kerajaan telah membina sebuah hospital yang diberi nama “Federal Lunatic Asylum”. Pembinaan siap pada tahun 1911 dan Dr. W.F. Samuels dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Pada peringkat awal perkembangan “Federal Lunatic Asylum” merupakan sebuah yayasan psikiatri yang mengandungi 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan yang dipisahkan oleh ruang dapur. Pada tahun 1928 “Federal Lunatic Asylum” diubah nama kepada “Central Mental Hospital” dan pada awal tahun 70an nama telah diubah kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menampilkan imej yang lebih positif ke atas perkembangan rawatan psikiatri. Kini, Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan Yayasan Psikiatri terbesar dari empat buah yayasan yang wujud di Malaysia. Ianya terletak berhampiran Pekan Tanjung Rambutan, 16 km ke arah Timur Laut Bandaraya Ipoh.

Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar di mana lebih kurang 300 ekar digunakan untuk mendirikan pelbagai bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti – aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Namun begitu, pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Terdapat 78 buah wad di hospital ini yang terdiri daripada 53 buah wad lelaki dan 25 buah wad perempuan. Bilangan katil rasmi telah berjaya diturunkan dari 2,200 katil kepada 1,800 buah pada tahun 2016. Ini adalah kerana perluasan perlaksanaan perkhidmatan perawatan psikiatri dalam komuniti.

Hospital Bahagia Ulu Kinta kini merupakan Yayasan Psikiatri terbesar di Malaysia dan pada tahun 2011 Hospital Bahagia Ulu Kinta akan genaplah usianya 100 tahun. Di dalam tempoh tersebut berbagai pencapaian, kejayaan dan anugerah telah diterima. Semoga pada masa akan datang kecemerlangan akan terus memakmurkan hospital ini.