Follow
13 November, 2019
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) ditubuhkan pada 29 April 2002 dengan wujudnya jawatan Pegawai Penerangan Pendidikan Kesihatan S41. 

Fungsi utama unit ini adalah bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelbagai aktiviti pendidikan untuk pesakit dan anggota serta promosi kesihatan yang memfokuskan kepada Kempen Cara Hidup Sihat. Selain itu juga, unit ini bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti latihan yang berkaitan kepada anggota. Dalam masa yang sama, unit ini menyediakan serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan seperti risalah dan poster bagi peringkat hospital.

Objektif

Objektif Umum

Untuk meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan pesakit melalui pendidikan pesakit (seperti Program Psychoeducation) serta menyediakan perkhidmatan pendidikan kesihatan yang berkesan kearah perubahan tingkah laku kesihatan yang lebih positif.  

Objektif Khusus

•    Untuk menyediakan pesakit dan keluarga pesakit serta penjaga pesakit dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang bersesuaian agar mereka dapat memainkan peranan secara aktif dalam menguruskan kesihatan pesakit, mencegah berlakunya komplikasi dan perebakan semula penyakit;

•    Untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada pesakit dan keluarga pesakit dalam mencapai tahap kesihatan yang optima, tidak hanya bagi pesakit tetapi juga keluarga dan penjaga pesakit; dan

•    Memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan kepada anggota hospital menerusi aktiviti pendidikan dan promosi Kesihatan seperti kempen, pameran, bahan edaran dan sebagainya.

Perkhidmatan

•    Menyelaras semua aktiviti pendidikan kesihatan pesakit di hospital

•    Melatih anggota mengenai teknik pendidikan kesihatan termasuk pengunaan manual pendidikan kesihatan.

•    Merancang, melaksana, dan memantau projek, program serta kempen khas kesihatan di hospital.

•    Membangun dan menaiktaraf bahan-bahan pendidikan kesihatan yang diperlukan bagi pendidikan kesihatan.

•    Membantu dalam menyediakan baha-bahan persembahan yang diperlukan oleh ketua jabatan atau lain-lain unit.

•    Memberi perkhidmatan fotografi untuk tujuan rekod pesakit dan aktiviti rasmi di Hospital Bahagia Ulu Kinta

Aktiviti-aktiviti

Kelas Pendidikan Pesakit Dalam (Program Psychoeducation)

Kelas Pendidikan Pesakit Dalam (Program Psychoeducation) dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi di Dewan Serbaguna, Unit Pemulihan Carakerja.

Kelas Pendidikan Pesakit Luar (Program Psychoeducation)

Kelas Pendidikan pesakit luar (Program Psychoeucation) ini pula dijalankan pada setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 2.30 petang di bilik CRT, Klinik Pakar. Kelas ini dikendalikan oleh fasilitator yang telah dijadualkan untuk bertugas pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Pada tahun 2010 sebanyak 14 kes dirujuk ke kelas ini.

Wellness Programme

Wellness Programme merupakan salah satu pendidikan pesakit yang melibatkan aktiviti fizikal seperti aktiviti sirkit, akitiviti berjalan kaki dan senamrobik yang diadakan 3 sesi setahun. Bagi setiap sesi telah diperuntukan 6 minggu. Purata penurunan berat badan bagi pesakit adalah sebanyak  +1.5 kg.

Klinik Berhenti Merokok

Selain itu, perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok juga ditawarkan kepada wargakerja HBUK dan orang ramai bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok.  Klinik dibuka setiap hari Rabu dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang. Pada tahun ini hanya 8 kes sahaja diterima untuk mengikut klinik berhenti merokok

Latihan/Kempen/Program Kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan juga menyediakan latihan kepada wargakerja HBUK dan bukan HBUK serta menjalankan kempen/program kesihatan bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan yang optima kepada semua lapisan anggota

Perkhidmatan Unit Fotografi

Unit fotografi merupakan sebuah unit yang diseliakan oleh Unit Pendidikan Kesihatan dalam membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan dan juga bertanggungjawab dalam mengambil gambar bagi setiap aktiviti hospital. Berikut adalah beban kerja bagi Unit Fotografi pada tahun 2010